Wednesday, June 30, 2010

destinasi cinta~

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

Monday, June 28, 2010

kerinduan~

sumpah!! cik myra dlm kerinduan...

cik myra windu ibu cik myra... ibuu... nak balik...tp ibu ckp jgn balik2.... 3 minggu skali balik umah...
huhh...mn tahan mcm nih.... saje je la ibu ni... ibu bkn x bg cik myra balik... cme.. nnt kne anta cik myra balik unisel ag.... klu balik sendiri dr unisel ke banting cik myra taw la... tp nk balik dr banting ke unisel...hehe...seyes.... x taw nk balik cam ne...(ngade2..)

argggghhhhhhhhhhhhhhhh....windunyeee.... padahal br semalam cik myra balik unisel...

windu adik cik myra yg ske sgt kcau cik myra...sape ag....cik fa la...pe laa dia bt....cian dia x de kwn kat umah tuh...sllu cik myra kwn dia...haih...

i miss u all!!!


Saturday, June 26, 2010

MIMPI


Renungan
Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan…”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA .

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari
meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW,
“SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”





sumber drpd:
Hafinas Adamtiara

Friday, June 25, 2010

..::sushi::..



hye.... en3 kali ni cik myra nk cite pasal sushi....

korg suke x mkn sushi???

cik myra suke sgt...

tp kn...

x ley mkn byk2...

nanti muak...

(klu cik myra la...)


klu korg nk taw kn mase cik myra sem 1 kat unisel...cik myra amik kelab jepun taw...
so kat citu cik myra dpt la blaja bahase jepun... contohnye kan...hehe... warewa myra des... ( maksudnye name sy myra) ....then byk ag la... tp yg penting cik myra dpt blaja mcm ne nk buat sushi...haa.. besh sgt dpt buat secara live...huhu... ok.. pe kata kita tgk mcm ne sejarah sushi tu bermula....

jum kita bc nie...

Sushi (鮨 atau 鮓 ataupun 寿司) ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam' pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di bandar Edo pada tahun 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.

cara-cara penyedian sushi tu kan kite perlukn :

pisau yang tajam (hōchō),
batang chopstick (sai bashi)
kain(fukin),
mangkuk kayu (hangiri)
sudu nasi yang leper (shamoji),
tikar gulung (makisu), dan
kotak tekan sushi (oshibako).

Ramuan penting termasuklah:

nasi jenis Jepun (kome),
rumpair laut kering (nori),
wasabi, kicap (shōyu),
haliaperam (gari),
cuka nasi (su),
sake,
mirin,
dan lobak putih (daikon).



jenis2 sushi:
Nigiri-sushi
Temaki-sushi
Maki-sushi
Oshi-sushi
Chirashi-sushi
Temari-sushi







Thursday, June 24, 2010

akhirnye...




hehe...

ape yg akhirnye tu cik myra oii???

akhirnyee???

ok2.... cik myra da taw da nk balik unisel hr pew...

korg rase2 hr pe???


hihi....


opcos laaa


hr???


ahad....

ha...

ok.... membe kate mmg amik kunci hr sabtu or ahad pun


so...

pe nk pening2....

balik la hr ahad je....

nk balik hari isnin pun ley gak...

tp...

cik myra pk nk ngemas2 brg lg....

ngemas???


ha la... apsal... ingat cik myra x ngemas kew??

mesti la kene ngemas2...

korg ni pun....

huhu~

ok laa...

tu je nk tulis sebenarnye...

org x de keje mmg mcm nih...

ok...salam~

Wednesday, June 23, 2010

..::Lelaki Idaman Setiap Wanita::..

Lelaki idaman setiap wanita~

Seorang lelaki yang beriman…

Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah..

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…

Yang sentiasa haus dengan ilmu…

Yang sentiasa dahaga akan pahala…

Yang solatnya adalah maruah dirinya…

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki yang menghormati ibunya…

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…

Yang menjaga matanya dari berbelanja…

Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Tidak pernah membazirkan masa…

Matanya kepenatan kerana penat membaca…

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…

Bangunnya subuh penuh kecergasan…

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Sentiasa mengingati mati…

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…

Kerana dia mengimpikan syurga…

Di situlah rumah idamannya…

Dan dia ingin membawa isterinya bersama2

Dialah lelaki idaman cik myra...


insyaALLAH~


morning myra...



salam...


hi myra.... bt pe pg2 ni??

sihat dok???

kawe harap mu sihat je... lala~

erm....

cik myra kn tgh



confuseze....

nk balik unisel hr ape???

haih....

tp kn...

better balik hr ahd...

masalahnye skrag...


kunci...

JN bukak ke hr ahd ha??

tp kn...


x kisah la dia bkk ke x...

pasai ape???

housemate sume membe sendiri...

huhu..

tang bilik tu terkunci tu...

relax la...

pakar bkk pintu de...

serahkn kpd cik myra...

haha...mcm da bese jee bkk pintu tu...

hihi....

erm.... klu balik cpt2 pun... bt pe...

dafta pun on9...

tggl amik kunci je kn...

la...da thn akhir...

bt la keje nakal ckit...

bkn slalu pun kn...haha....

tgk kaksu... relax je... balik senin depan...

x de hal pun...

da2...jnji cik myra balik kn3....

ok la...

maw kuar jap g...

bye2...

Monday, June 21, 2010

..::10 petanda menunjukkan dia adalah jodoh kita::..

Salam .... en3 kali ni cik myra nk share ngan korg ape petanda yg menunjukkn bakal suami atau pun bakal isteri kita tu adalah jodoh kita...

kat sini de 10 petanda....

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara
percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2. Senang atau selesa bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.




3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



jadi???

adakah dia jodoh kita???

fikir2kn lah semoga korg berbahagia hendaknya~

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

wallahu`lam~



sumber drpd Lovely

(http://www.razzirahman.com)

anep and burung kakak tua...





p/s: sila pusingkn pc or laptop anda supaya dpt melihat video ini pada posisi yg betui... hihi

Kisah ayam panggang

Razak pergi ke sebuah restoren kegemaran dan memesan ayam panggang seekor ….

Beberapa minit kemudian…..

Pesanannya sampai…

TAPI….

Sedang dia menikmati makanannya…

Pelayan yg lain menghampirinya dan berkata:

“ maaf encik …itu sebenarnya pesanan lelaki yg ada di sana tu… dan ini merupakan stok ayam yg

terakhir yg kami ada.. maaf ya encik…”

Razak menoleh lelaki yang ditunjuk,

Ternyata badannya besar dan gagah… lalu berkata :

“ kerana terlanjur sudah mkn sedikit…jd ayam ini milik sy…lagi pun sy juga yg membayarnya “

Sementara si pelayan restoren Nampak kebinggungan,

Lelaki gagah td dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak..

“hai budak ….jgn sentuh lg..!!! apapun yg akan engkau lakukan terhadap ayam itu akn aku lakukan juga

terhadap engkau… kalau kau potong kakinya… aku akan potong kaki kau… kalau kau potong perutnya …

akan aku potong juga perut kau… pendek cite… apapun yg engkau lakukan…akan aku lakukn juga pada

engkau…”

Razak terdiam beberapa minit …

Lalu perlahan- lahan dia mengangkat ayamnya…. Membawa ke mulutnya…

Dan menjilat bontot ayam tersebut….

p/s: Hahaha…. Lawak apakah ini??? Ish2….18sx ke atas je yg ley bc…hihi

Sunday, June 20, 2010

..::Happy fathers day::..


Hai korg… hari ni bersamaan 20 Jun 2010

Merupakan???

HARI BAPA SEDUNIA…

Jd di kesempatan ini cik myra ingin

Mengucapkn selamat hari bapa kepada

My hero... my heart… my soul… my best friend in the world..

Iaitu…

EN JAAFAR B. HJ SUKRI…

Ayah adalah yang terbaik di antara bapa2 yang terbaik di dunia..

Emma syg ayah sgt2..

Thanx sebab jadi ayah emma dan membesarkn emma dengan didikan yg sempurna..

Emma taw ayah bersusah payah mencari rezeki tuk kami… sanggup bekerja sampai x de rehat untuk diri sendiri….

Emma cian tgk ayah,

Kdg2 malam2 br balik umah… mlm2 tu gak la br emma dpt tgk ayah…

Tapi kan ayah…

Emma sentiasa hargai penat lelah ayah…

Walaupun ayah x taw… tiap2 mase emma akn ingat kat ayah…

Ayah da mkn ke, nnt ayah mkn ape, skrg ayah buat pe,

Ayah balik kul bp.. nape x balik2 lg…

Wisau sgt2…sbb emma ade sorg ayah je… emma x nk jd ape2 kat ayah…

( ala apsal cik myra tacing2 nih… sob3x….huwaaaa)

Ayah…

Skali lg terima kasih sbb jadi ayah emma..

Emma bangga dpt ayah mcm ayah….

Happy fathers day ayah!

I love u so much…

Mmmmmuuuahhhh3x

Ayah adalah hero saya…

Sebenarnya kn x perlu la nk tggu hari bapa br la kita nk hargai ayah kita kan…

tiap2 hari , hari tuk

ayah kita…jd

kita sebagai anaknya kene la sentiase menghargainya…

sbb ayah tu la yg berpenat

lelah nk cr rezki untuk kita..

erm…korg2 yg bakal nk jd bapa ke, ataupun satu hari nnt akan jd

bapa ke… jd la bapa yg bertanggungjawap…

walaupun keje x bagus ke kn…

berusaha la slagi yg

mampu…

tp anak2 pun kene la paham dengan situasi pendapatan ayah…

jgn taw nk minx je…

tgk dulu ayah korg de duit ke x.. klu x de diam2 je…jgn minx2.. ok la erm….

Cik myra de satu lagu nak dedikasikn kat ayah cik myra…huhu…

( nyanyi mcm lagu ibu yg bese kuar kat iklan tu taw)

1…. 2… 3….

“Ayah…ayah… engkau la hero hatiku…

Bila ku terluka…

Engkau slalu ubatiku…

Ayah… ayah… engkau la hero hatiku…”

bg ayah2 yang penyanyang seperti ayahku

yeahhhh!!!


Saturday, June 19, 2010

sambungan dr cerita pg td~

Hye2.... mAri Kite SaMbunG cite Pg td.... ciannn... sbb... De SaHaBat cIk Myra PeNat MeNuNggU...
hihi...



SeTeRuSnYa...


4. sKe MeMaSak Tp X SkE MeNgEmaS....

rs mcm pelik x?? bley lak mcm tu kn...hihi... cik myra start ske memasak kn time cik myra di lamun chenta...( haha...ala... mud time tu tgh berbunga2 kot... org kate dlm hati ade taman..) chewaahh.... gedix btui... ye la... time tu tbe2 kn ntah kuase dtg dr mn ntah kn... semangat nk blaja memasak tu berkobar2...ye la kn... nk tunjukkn kat org tersyg la kata kn...
( ish2... ngade3...)tu dulu la...zaman2 muda mudi dulu... skrg pun di lamun ke x di lamun ke... still ske mmsk...tgh mengimprovekn lg skill mmsk...huhu.... bab yg x ske ngemas tu kn... susa btui maw cite...malu la... mmg x ske mengemas...cik myra kene tggu mood rajin dulu br la ngemas x ingat dunia... eceh3~ ye kew??? hihi.... ye kn je la kn...



5. ske MeNgELaBah x TeNtu PaSal

ha... ni la cik myra... pantang de mslah... mula la... gelabah... x reti nak tenang langsung... huhu..
knp ye??? sbb x penah de mslah... mcm hr tu acc fb kene hack... ha mcm kene sawan da... mkn x nk...tdow x tenang...bt keje pun sampai x ley... asik berfikir je time tuh... pastu membebel sorg2...sampai org mls nk dengar da... huhu...tp bia la kn... da mulut cik myra... tu la , cik myra kene de someone yg kene tenangkn cik myra... x kira sape2... bg cik myra cool... nasihat pape ke kn... thanx la kat kwn2 cik myra yg bnyk tolg time tu( terharu~)


6. x sKe MeNyUsAHkan tp... SkE DiRi dI SuSaHkn...

erm... mmg dr kecik2 kn cik myra x ske susahkn org... terutama skali kat ibu and ayah la... even kat kwn2 pun... contohnye kn... time pi shopping2... cik myra x ske minx2... tgu ibu taye br la cik myra minx( padahal time tu muka da berSEN2 da)hihi...bg cik myra la kn... slagi de bende yg kita ade yg masih sempurna lg.. xperlu kot nk beli yg baru...hihi... ( baiknye aku....haha) . pastu cik myra ske sgt tolg org... x suh pun cik myra nk jugak tlog.... slagi cik myra mampu nk tlg kn... slagi tu la cik myra klu ley nak tlog...erm... bkn nk ckp cik myra ni baik... tp pe salahnye tolong2 menolongkn2...( tgk gak kat org tu cam ne... klu kerek... kirim salam je la... ye la kn da tolong2 pastu x rs mcm di hargai... bt sakit ati jerk...)....



rs nye ckup la tu kn....


nak lg ke taw???

nk taw pe lg???

haha...

nnt2 la cik myra cite...


ske yew cik myra bercerita...

hihi.... sampi cini dulu ea...

de ms kita cite2 lg...

tata~

..::apa yg perlu korg taw pasal cik myra::..

PeRLu kEr TaW???

KdG2 PeRlU KdG2 X peRLu.... hihi( pape ntah)

bc Je La~


1. sEorg Yg PeNdIaM.....

ye ke pendiam??? sumpah!!! cik myra mmg pendiam... korg taw x?? time mlm je ms tdow... confirm jd pendiam...hihi.... ( ade ke korg tdow berckp??? x de kn2) hihi
ok2... seyes2....
cik myra dr skolah2 lg mmg pendiam.... hush.... ade emas dlm mulut... tu yg diam je kot... x pasti la apsal jd pendiam....tp kn...bile da besau....pendiam tu kureng ckit... tp de lg sifat mcm tu... melainkn... klu jumpe membe yg 1 kepala br la rancak berckp.... nape ntah... maybe serasi kot...

2. sUkE dok RumAh...

ha... mmg ske dok umah... x memenatkn kn2... tp x de la dok umah 24 jam.... beku otakk kn2...
bile dok umah rs tenang jerk.... leh guling2 atas katil....da guling2 bley tdow2....( tu je la keje kamoo yee??? ptt la ske dok umah...hihi)


3. ske sgt pegang tisu...

ni lak 1 hal... asalkn pi kedai mkn ke , umah org ke, kenduri kawen ke pantg nampk tisu...
sbbnye??? ni la habit cik myra.... ble da amik tisu tu kan... cik myra pegang je tisu tu sampai la bwk balik umah still lg ade tisu tu... lps tu br la buang kat tong sampah ( hihi kdg2 kn tisu tu x taw da pi campak kat ne...haih...kunun je ckp buang kat tong)




seterusnya....akn bersambung ag....nnt cik myra cite ag yew....

sbbnye jap g maw kuar pi jusco...so....balik dr sn br sambung cite... tggu~



Friday, June 18, 2010

..::cik myra yang kebosanan::..



skrunk jam telah menunjukkn kul 236 ptg...

haih...sampai skrunk ni kn cik myra x taw nk buat pe...

pg td cik myra dpt msj dr member ajak kuar kn...

tp.....

tak jd lak pulok....

yg ajak pun kwn skolah dolu2...

name dia roh...

eh jgn seram sejuk lak...

da mak bpk dia bg name cenggitu....

name sebenaqnye Roh Hasril..

tp...member2 panggil roh jerk...


(adeh apsal cik myra introduce sal mamat nih??)
abaikn~

ha...truskn bercerita.... dia ajk kuar...so...cik myra pe la minx izin ngan ibu...

cik myra pun berkata:

cik myra: ibu, kwn ajk kuar g kl...bley kew?
ibu: nk bt pe ko nk pi jauh2 tu?? nk bt pe?? ngan sape??
(bese la ble da berkate2 mcm ni kn...confirm x bg...ngeh3x)

cik myra: roh n the geng ajak kuar...tp dia ckp x confirm lg...

ibu: ko jgn nk ngade2 ye...dok uma jek.. ade pompn ke x?? xkn nk
kuar ngan dia je??

cik myra: erm...tu yg kene taye dia dulu....


2 saat kemudian~

cik myra pun msg la si roh tu.....


salam, roh ...ko ajk sape je?? mak aku ckp..klu de pompn br aku follow..

x lame pastu roh pun reply

tu aku taw la....pape hal tghri nnt aku g taw jd ke x..



last2 x jd pun pi pasai x de sape nk follow....ye la da p pun ptg kul 3...mn la taw msing2 sibuk
dgn aktiviti dorg....


x kn aku nk p berdua lak....br keje glerr tu.... wlaupun kwn kn....tp skurg2nya de la
kwn pompn skali join....sori la roh ea...



haih....x de modal laa nk cite...membosankn...isk2....

next week da lik unisel....

adey...mlsnye nk balik....

tp kn....da last sem.... kene la syg unisel tu bt kali terakhir...

pasai pe kn....ble da kuar dr unisel.... confirm punye windu kat?

unisel...


kat lecturer2

kawan2 seperjuangan

pokok2...

lembu2...
tasik sgt indah..

lg kat cafe...

kat sape lg???

haih....sape2 la....

asalkn dtg dr unisel....

(cik myra mmg tgh bosan ni...tu yg melalut tu)


ish2.....pe ptt cik myra bt????

ingat nk jln2 dlm umah ni... tgk2 pe yg ptt...

nk ngacau sape ea???

de dak kecik dua org ni...

tp puas ngacau....

sape dak kecik tu???

anak acik ayg.....

haziq n aleya

dorg ni sepupu cik myra....

sorg umo 3 thn sorg lg 5 thn....

kecik lg kn2.... da rupe ank buah sendiri la...

padahal spupu...

tp kn...

sepupu cik myra blah ibu kn...sume kecik2 lg...


sbbnye???( word ni la slalu anep guna)

ibu cik myra merupakan ank sulung dlm famili...

so...kami la geng senior...yg ske membuli...haha...

klu nk ikutkn blah ayah lak... kami antara yg paling muda skali...

sbbnye...

ayah cik myra ank bongsu....hihi..

naseb x kene buli ngan spupu2...lala~

drpd trus merapu x tentu pasal....baik cik myra stop lu...

kang bosan lak bc kn....tp sape suh bc??haha....

x de la guraw2...

k la ea....bye2~