Friday, April 29, 2011

semuanya tentang pertunangan~

tadi just survey2 apa yang perlu di beri time tunang nanti kan.so saya pun tak pasti.saya try minta pertolongan dari incik google.last2 jumpa la satu blog ni.click sini.


so, apa yang perlu ada time tunang nanti adalah:

Hantaran dari pihak lelaki( untuk di beri kepada pihak perempuan)


1. Cincin Merisik( biasa cincin belah rotan)
2.Cincin Tunang
3.Tepak sireh
4.Baju Sepersalinan( samaada kain yang belum di jahit or baju dah siap dan pilih warna yang sedondon dan kalau bakal anda bertudung boleh la hadiahkan dengan tudung sekali)
5.makanan( biasanya kuih muih, pulut kuning tau kek)
6.buah-buahan
7.coklat atau manisan seperti gula-gula/halwa


Hantaran dari pihak perempuan( untuk di beri kepada pihak lelaki)

1.sirih junjung(sebagai membalas tepak sireh dari pihak lelaki)
2.baju sepersalinan(beli kain yang belum di jahit untuk di buat baju melayu atau beli baju melayu yang sudah siap dan warna semestinya sedondon)
3.kain songket
4.songkok
5.buah-buahan
6.coklat atau manisan
7.kek
8.makanan
9.potpouri/bunga rampai


p/s:Mengikut adat pula, kalau pihak lelaki hadiahkan 5 dulang, pihak perempuan pula balas dengan 7 dulang. Kiraan ganjil dan mestilah hantaran pihak perempuan lebih daripada pihak lelaki.


so.itu sahaja entry saya tuk malam ni.kepada pasangan2 yang akan bertunang tu selamat bertunang~

ok.boleh la kumpul2 duit untuk siapkan barang hantaran kan.bajet ciput pun ok sudah.:)
k la.nak tengok maharaja lawak ni.tata...~

1 comment:

Zana Adieyza said...

semoga segala yg dirancang berjalan lancar yer dear..