Wednesday, February 15, 2012

APAM GULA HANGUS


salam semua,

nak kongsi resepi lagi...ehehehee....tak perlu risau ea kalau ada yang belum cuba resepi yang lepas-lepas...its ok dear...boleh buat pelan-pelan...

so hari ini aku nak kongsi resepi apam gula hangus...aku da try buat....memang sedap habaq hang...hehe... jum la try2...


so apa yang perlu anda ada ialah:

Bahan-Bahan

1 cawan gula pasir
3/4 cawan air

before nak buat apam ni haruslah hanguskan gula terlebih dahulu...macam mana nak bagi hangus??? gula haruslah di masak sehingga hangus dan kelihatan warna kekuning-kuningan (gunakan api sederhana)then gunakan air 3/4 tadi untuk di masukkan ke dalam gula tadi.

2 Biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sdb planta
2 sdb susu pekat
1sdk soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sdk esen vanilla

cara-caranya:

gunakan mixer / pukul telur dan planta sehingga sebati...kemudian masukkan minyak masak kacau sehingga sebati.selepas itu, masukkan pula susu pekat dan kacau sehingga rata..then masukkan bikarbonat dan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati...masukkan esen vanilla dan last sekali masukkan pula 3/4 cawan air yang bercampur gula hangus tadi...kacau sehinga sebati. lepas itu boleh la masukkan adunan tadi ke dalam bekas acuan atau pun boleh gunakan loyang(kalau malas) heee...ok itu sahaja...opssss!!! lupaaa...
kukus sehingga masak ea...dalam 15-30 minit ...selamat mencuba ea....try taw..:)




ni hasil yang Puan ibu buat....heee.....cumil kan....




tu dia......hehe....ni la hasil tangan aku...guna loyang ye kalau malas nak letak dalam acuan...teeheee...

selamat mencuba dan terima kasih sudi membaca :)

No comments: