salam petang sahabat-sahabat semua. salam maulidur rasul...Mari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w... alhamdulillah...
Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w juga boleh la kita amalkan apabila kita sedang memasak supaya makanan kita insYALLAH akan jadi sedap dan berkat...jangan lupa baca bismillah juga...:P
hee...ada nak kongsi satu resepi ni kat kawan-kawan.ok kali ni nak kongsi resepi roti jala warna-warni.
pernah tengok tak???aku pun baru tahu ada rupanya roti jala yang macam tu..haih macam-macam kan sekarang ni...ok...jum kita ke dapur~~~
Bahan-Bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sdb minyak masak
4 sdb santan pekat
secubit garam
pewarna (ikut diri masing-masing)
cara-caranya:
satukan kesemua bahan-bahan tadi kedalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
kemudian bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian dan letak satu pewarna kedalam setiap bahagian.
biarkan adunan rehat selama 20 minit.
selepas itu masukkan adunan tadi kedalam botol yang mempunyai muncung tiga. satu botol setiap satu warna.
panaskan pan yang jenis tak melekat tu kan...dan sedialah untuk menjala...ikut la kekreatifan anda...
ok selamat mencuba!!!~
taraaa!!!! ni la hasilnya ye....:) cumil tak??



No comments:
Post a Comment