Sunday, January 8, 2012

...:::Kisah Cawan Dan Kek:::...


awak awak awak!!! shaye nak kongsi satu rahsia~ (macam iklan oreo pulekkk)

ohhooo~


ok tajuk sudah tertulis sejak azali lagi.mari kita mula kan.... selamat datang ke program elaaa....dan eliiii....haha...tibe-tibe teringat kat progam kanak kanak A.L.O.N.G ...along!!! aha... kalau cerita tu setat aku dulu terconggok depan tv sambil menyanyi nyanyi riang lagu tema cerita tu.pastu suka tengok part siti sifir...haha... 1 darab 5 lima!!! tergiang ngiang lagi rentak lagu tu...kahkahkah~ tapi zaman zaman mellygoslow ni da tak de da. budak budak layan cite boboYOT boi jek...


ok sekarang ni aku nak kongsi satu resipi baru tak baru la jugak.sebabnya resipi ni da berzaman da.orang da ramai yang tahu.tapi aku sorang je baru nak terai buat.kihkihkih agak ketinggalan zaman la kan.orang lain da sampai london ekau still kat sg langat lagi.tak jugak gerak-gerak lembab tui laa...~

resipi ni aku dapat dari makcik aku cik Yusnita , sebab hari jumaat lepas aku bertapa kat Tg Malim selama 1 malam sahaja.hari sabtu pas asar balik.so sebelum balik sempat la aku berguru dengan beliau buat cup cake dan coklat.ngeee~

just dapat resipi cup coklat cake sahaja. yang coklat tu tak perlu ada resipi pun.just cairkan coklat then masukkan dalam acuan leak kacang nut.that all...

sekarang ni jum salin recepi kek coklat cawan~

Bahan Bahan:

2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sudu tepung penaik (di ayak)
1 sudu bikabonik ( di ayak)
3/4 cawan sebuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
1 sudu nescafe + 1 cawan air suam
3 biji telur
1 sudu esen vanila

cara caranya:

masukkan gula halus ,tepung gandum, tepung penaik, bikabonik dan serbuk koko ke dalam bekas adunan. kacau kesemuanya sehingga sebati.

kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sehingga sebati.

selepas itu masukkan pula susu cair dan nescafe campur air tadi ke dalam adunan serta kacau sehingga sebati.

masukkan pula 3 biji telur satu persatu kacau hingga sebati dan last sekali masukkan esen vanila.dan kacau sehingga sebati.

ok??? ready untuk di masukkan ke dalam cup.ok masukkan separuh sahaja dalam cup tu.jangan banyak2 sebab kek ni mengembang.heee..



da masukkan semua???yeahhh get ready untuk di bako....panaskan oven sebanyak 180 darjah celcius dan di bakar lebih kurang 20 minit la...

tunggu la 20 minit....done!!!! tengok la hasilnya....taraaaa...~





selamat mencuba ye...salam~

2 comments:

Anonymous said...

name dtg purple tu.....TIPU!!!!

-NAMEAKUSERA-

mYrA said...

mek purple tu topping dia..coklat berwarna purple...hehe...aku tak cerita kat situ...tapi kek dia ceklat...