alhamdulillah masih di beri kesihatan yang baik untuk memulakan hidup untuk hari ini. Apa khabar semua?
rasa macam da lama tak mengemaskini blog kan. Jadi hari ini mari kita bersiaran kembali kerana sebelum-sebelum ini agak sibuk menyiapkan persiapan-persiapan harian dan diri.alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Resepi hari ini..... agak special jugak la...hihih.... mari kita buat PAU KACANG~~~
Bahan-bahan
untuk buat doh
500 gm tepung gandum
1 1/2 sudu yis
1/2 cawan gula pasir
1/4 minyak jagung
1 1/4 air suam
untuk inti
yang da siap ready made.. : P
cara-caranya:
larutkan gula dalam air suam. kemudian dalam mangkuk lain ,satukan tepung , yis , dan minyak jagung.
tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan tadi menjadi doh yang lembut
bahagikan doh tadi menjadi 15 bebola kecil.letak kan di atas dulang yang di taburi tepung. Biarkan doh selam 10 minit.
selepas itu bulat-bulat kan doh and leper-leper kan doh untuk di isi inti kacang tadi. alas pau tadi dengan kertas ataupun daun pisang gunting kertas itu mengikut bulatan pau or petak...sukahati korang la nak macam mana.selepas itu biarkan pau tadi naik dan menjadi kembang dan gebu mengebu... biarkan selama lebih kurang 40 minit.
last sekali panaskan kukusan.dan sedia untuk di kukus sehingga masak...that it!!!~~
ini lah hasilnya....alhamdulillah menjadi...:)
kredit to my resepi

No comments:
Post a Comment