Suasana yang tenang kini telah menjadikan suasana itu bertukar menjadi kucarkacir. Dengan adanya gegendang sebesar alam yang asyik di pukul bertalu-talu membuatkan hati aku tidak keruan. Buat sebarang kerja serba tak kena. Nak mandi jadi tak basah, aku tidur pun tidak lena Tetapi? Bila aku makan permainan gegendang cap gajah itu pun tidak kedengaran lagi.
Lantas aku berkata-kata di dalam hati," berkemungkinan kakitangan-kakitangan gegendang itu pun turut berehat untuk menikmati hidangan agaknya."bagus laaa...
seusai aku menikmati hidangan tak kira la hidangan makan tengah hari ke tengah malam ke, petang ke pagi ke,
gegendang cap gajah itu pun mula la meneruskan aktivitinya iaitu bergedang mengikut aluanan sekati mak bapak belah nenek tiri dia je.sakit hati di buatnya.haaa...aku lempang laju-laju kang.saja je nak menguji tahap keimanan aku yang sememangnya lemah ni...haih...
apakah kakitangankakitangan yang bermain gegendang itu tidak langsung ada sikap keperihatinan kepada jiranjiran tetangga?
itu yang tengah aku musykilkan.yang penting kenapa perlu waktu tidur aku merekamereka ligat bergendang sini sana?
kalau la nak masuk acara sukan olimpik sekali pun tak perlu la nak berlatih 24 jam sayang-sayang semua oi korang tak penat ke???tak retiretikan diri berehat? Diri aku terseksa jiwa dan raga tau.kasihanilah aku.
amaran keras dari aku.hentikankan lah permainanpermaianan kamu semua.nak ke aku singkirkan kamu dengan cara kekerasan?
jadi???tolong la jaga kelakuan anda ye.
p/s: di tujukan buat si gigi sendiri yang sengaja di mintak di lempang laju-laju oleh tuan punya badan..awas lo!!!

No comments:
Post a Comment