Friday, December 9, 2011

S.E.R.A.M





ceritera bermulaa.....

malam Jumaat 9 Disember 2011, 3.09 a.m

Malam yang suram lagi sunyi membuatkan ramai hambahamba ALLAH yang sedang khusyuk dan lena di buai mimpi-mimpi yang mengasyikkan.Almaklum la semalaman melakukan ibadah-ibadah sunat di malam Jumaat.

Bila di tanya apakah ibadah-ibadah di malam Jumaat? pastinya satu jawapan yang kita akan dengar.apa dia?Tetapi bukan itu sahaja, banyak lagi kelebihan-kelebihan pahala yang kita akan dapat pada malam Jumaat.

antaranya: 

1. Membaca surah al-kahfi (ayat 1-10)



“Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda : Siapa yang membaca surah 

al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” 

(Diriwayatkan oleh Baihaqi)

2.Membaca surah Yaasin


“Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”


“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al-Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.” 

(HR Tarmizi)


3.Memperbanyakkan zikir, doa dan selawat

4.Solat Malam Jumaat

Solat ini didirikan di antara waktu maghrib dan ishak dengan 12 rakaat iaitu setiap 2 rakaat satu salam.

5. Ahli Kubur mendapat hadiah iaitu doa dari waris yang hidup

6.Qiyamullail

7. Bersetubuhan dengan para isteri

sumber dari Diari Si Froggie

******************************************************************************************
sambungan cerita~



sedang asyik di buai mimpi.Tibetibe aku terjaga dari tidur seolah-olah ada terdengar sesuatu dari bunyi yang sangat menyeramkan.

aku pun mula berkata-kata di dalam hati. " ush suara siapa tu yang sedang memanggil-manggilkan sesuatu."
risau jugak.Lantas aku terus melihat jam di hand-phone samsung milikku.huh jam sudah menunjukkan tepat pukul 3.09 am.arggggghhh...


berlegar-legar dalam fikiran ku untuk memikirkan bunyi apakah itu? pada mulanya bunyi itu berbunyi sebanyak dua kali.selepas tu tidak kedengaran lagi.seram sejuk di buatnya.Apa lagi tarik selimut sampai tutup semuanya la.takut punya pasai.baca ayat qursi berkali-kali,baca alfatihah,ayat 3 qul.huh... 


memang mata sukar untuk dilelapkan semula.masih terfikir-fikir.Dan dan la fikiran itu menerawang fikir yang bukan-bukan.flash back cerita yang seramseram la.terbayangbayang wajah si Ponti anak la.grrrrrrrr.... 
kacau-kacau.Paksa gak mata ni pejam.tapi tak berhasil.

selang setengah jam kemudian...

Bunyi-bunyian itu datang balik.kali ni baik punya bunyi nye.memang lain dari sebelum nye.semakin dekat dan jelas kedengaran di cuping telinga aku.huh...bunyi bunyian secara marathon agaknye.memang tak boleh di biarkan.dengan sepantas kilatnya aku lari ke bilik si Puan ibu lalu ku ketok bilik nya bagi menghapuskan ketakutan yang menebal di dalam diri.

"tuk tuk tuk....."

ibu: siapa tu???

ema ni....buka la pintu bu...

ibu: jap jap jap...kenapa kau?

bu....takut la ade bunyibunyi kat depan bilik tu ha...huh seram..

ibu: ooo bunyi uhuk uhuk tu ke?ibu pun de dengar tadi.

tu la....bunyi pe bu?

ibu: ntah la ade benda tersesat kot...takpe la kau tidur jela kat sini.pi cari lapik tidur bawah ni.

aku pun selongkar almari ibu untuk cari lapik tu...." bu tak de laa..."

ibu: eh jum kite pi bilik kau amik lapik tu...

haaa???ye la jum2....

tatkala aku dan ibu keluar dari pintu bilik ibu ....tersimbul kelibat orang depan mata..hah kau!!!
... terkejut...da la tengah seram de plak orang lalu depan bilik...gila laahhh...rupa-rupanya abang aku yang hendak ke dapur untuk membuat susu anaknya..huhhh~

abg: kenapa ni???

ade dengar bunyi2 tak?

abg: oooo....ade la... tu bunyi %^&*$#...tadi rasa kat depan.tapi da kebelakang...

ibu: itu la si ema tu dengar berkali2...ibu dengar skali je..tu yang dia ni lari kebelakang.

seusai amik lapik dalam bilik aku.ibu mula memasang lampu di sudut2 yang gelap.lantas masuk ke kamar semula .

aku cakap kat ibu," bu nanti dalam kul 5 ema kuar la ye..ema nak tumpang kejap je."

ibu: sukati kau laa...~

tibe2!!!

aku dengar bunyi lagi!!! bunyi apa pulak kan...dah mata tak boleh nak lelap lagi.jam da menunjukkan pukul 4.50 am.

rupa-rupanya bunyik dengkuran dari incik ayah.heee....memang la susah aku nak tidur bila dah dengar si ayah berdengkur.

time kejadian ayah langsung tak terjaga.penat bekerja agaknya..hehe...

lepas tu tepat pukul 5 aku beredar masuk ke kamar ku semula.perasaan takut tu dah hilang. masa itu baru la boleh tidur dengan aman.yeahh!!!

persoalan di sini?

bunyi apakah yang telah menghantui aku dan ibu di pagi2 yang buta itu???

see this~








haha..seram tak???bunyi ni la yang aku dengar malam tadi.seyes seram!!!~


nasib ko cumil...~ngee







No comments: