Wednesday, December 28, 2011

...:::morning:::...

assalamualaikum~

semalam aku tak berapa nak sihat.Pagi semalam okey je tak de pulak pening-pening.lepas saje makan tengahari sudah setat denyut denyut dengan kadar yang manja-manja je.

Petang lepas asar keluar kejap pergi rumah kak reens saje lepak lepak kat sana dengan puan ibu sekali.
time tu tak berapa nak sakit sangat laa...masih sakit manja-manja...kadang-kadang denyut denyut then kadang kadang da tak sakit....nakal sungguh ye kamu incik pening.pang skali kang!!!~

Yang pening teruk semalam puan ibu je la.aku steady je la tak ketara sangat pening nye. Puan ibu mintak la si kak reens tolong urut kan kejap pasai da tak tahan sangat sangat kan.

Balik je dari rumah kak reens , kepala ni da macam berpusing 360 darjah da....nak kata perut masuk hangen tak tahu la pulak kan.makan on time, nak kata tak cukup tidur eh tidur cukup je da terlebih lebih pun de jugak kadang kadang.entah la mungkin da penyakit tu nak datang kan redha je la...

tapi dalam pening pening tu sempat jugak la ngadap cite dhia jap.lepas je tengok masuk bilik jap baring-baring...dalam hati eh tak bley jadi ni...badan da tak berapa nak sedap.panas pulak tu... keluar bilik pi capai incik tuala then mandi mandi amik air sembahyang solat jap...then pastu tidur.

But tak boleh tidur pun....isi perut  minta untuk di keluarkan...argghhh....seksa betui laa... berkali kali keluar masuk bilik air...asik nak muntah - muntah je la kerja nya.selagi isi perut tak di keluarkan selagi itu la badan tak berapa nak sedap...then kepala pun manjang la asik denyut denyut je...main kasar ko ye....takpe2... lagi sekali redha je laa....

lepas tu cari incik ubat penahan sakit dengan cik minyak urut untuk lega kan sakit sakit yang ada ni.alhamdulillah kurang la sikit sakit sakit tu..tapi lega la jugak kan.

tapi cian jugak la kat incik tunang tidak di layan.semalam beliau call pun aku banyak mendiamkan diri je....tak larat nak berkata-kata da.

sorry incik tunang layanan tidak seceria seperti hari hari semalam.shaye sakit.thanx memahami~

mata time tu pun da berat sangat sangat jadi tidur la dengan da tak tahu da apa yang terjadi kat sekeliling aku.kalau gempa bumi sekalipun mungkin aku tak sedar.masyallah kuat betui penangan si dadah itu...huh~

"ingat lah ALLAH semasa kita sedang sakit kerana ALLAH sentiasa membantu kita tatkala kita memerlukan pertolongan-NYA~"

wallahualam...

No comments: