assalamualaikum dan selamat petang sahabat sahabat ku sekalian~
Tajuk entry sudah pun di beri so...apa lagi mari dekat-dekat salin ini resepi.ahah!!! resepi ini tak susah mana pun...budak budak tadika pun pandai buat.teehee~
apa yang perlu ada???
Bahan bahan nya:
200g telur ayam
200g tepung gandum
200g gula aising
200g planta
esen vanila satu sudu kecil
3 jenis pewarna (ikut suka korang la nak warna apa)
-panas kan oven dengan kepanasan 170 darjah celcius
-bakar selama lebih kurang 50-60 minit
(tapi jenguk2 gak agak-agak da masak angkat je la..takut rentung pulak dalam oven...hehe)
Cara cara nya:
Masukkan gula aising tadi ke dalam bekas uli bersama sama dengan si planta, selepas itu pukul gula plus planta itu sehingga kembang.( jadikan ia sebati dan akan berubah menjadi warna putih.rupanya macam cream la..sama je lebih kurang)
selepas adunan itu menjadi gebu dan kembang, masukkan pula telur-telur tadi satu persatu.that means kesemua isi telur itu.kacau sehingga sebati.
selepas itu masukkan perasa esen vanila dan kacau sampai sebati.
akhir sekali masukkan tepung gandum itu sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
Bila da siap semua nya..asingkan adunan kek tadi ke dalam tiga mangkuk yang berlainan untuk memberi pewarna ke dalam adunan itu.
Dan seterusnya ambil loyang kek yang telah di lapik kertas minyak di dalam permukaan bawah loyang dan masukkan adunan yang asas sekali iaitu adunan yang tidak di letak perwarna.rata kan ke semua permukaan.
selepas itu amik 3 adunan yang di warnakan tadi untuk di masukkan ke dalam loyang.part yang ni sukati la nak buat corak macam mana pun.ikut cita rasa sendiri-sendiri.bila da selesai abiskan kesemua adunan tadi masuk ke dalam loyang.siapsiap la untuk di bakar.
lihat la hasil nya nanti.ok kat bawah ni hasil yang aku buat.walaupun part pewarna itu kurang menyerlah tapi bila makan rasa nye sangat sangat mavelesss....muaaachhhh!!!ahah!
nama pun first try belum cukup sempurna lagi.tapi ok ok la.ibu cakap sedap...hehe.. boleh la di hidang untuk minum-minum petang ye kawan-kawan.kalau nak amik hati bakal mak mentua pun boleh...harus di cuba.ok!!
"Jangan sesekali melihat sesuatu itu dari sudut luaran sahaja lalu terus menilai dan menghukum,tetapi lihat la dan nilai la ke dalam sifat rohani nya , sesungguhnya ada sifat-sifat istimewa yang tersembunyi di sebalik nya"
macam kek aku tu...hehehehe...wallahu`alam....
selamat menjamu selera...
ikhlas tapi jauh,
myra.

No comments:
Post a Comment